Kami masih berada di Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, untuk klinik kedua aku implement di KK Bongawan, Ed-KKIA Papar, Mie-KK Membakut (PKK Beaufort), Jel-KKIA Kebajikan. Date Implement: 6 to 9 April 2009
Untuk Day1, kami pasang hardware di KKIA Papar, KK Bongawan dan sepatutnya KK Membakut-ade masalah sebab PC di PKK Beaufort. Day2-Day4 -> setting,key-in data ubat, refresh user, internet/usb blocking, sign-off. Backup Data guna CD, tak guna disket dah. USB diblock supaya user tidak gunakan thumbdrivenya..takut virusss.
Sebelah kanan gambar tu stor ubat/bukan ubat. Di susun cantik di atas rak.
Day1-selepas pasang hardware, setting PC serta system, tibalah masa key-in data - ubat dan bukan ubat (DRUG and NON DRUG), masukkan stok ubat klinik la...secara ringkasnya system CPS ni, order online, receive items, issue items. Senang jer...semua online sekarang.
Ade CPU 2 kenapa? Sebab tiba-tiba saja CPU di Klinik Menggatal ni no display, suspect parallel port problem la...so pinjam la CPU di KK Telipok, tak jauh la dari klinik ni...tapi akhirnya CPU Klinik Menggatal ni ok jer...SO Day4 kena la hantar balik CPU pinjam tu ke KK Telipok.
Day2-Day4 - Kalo item tak banyak, Day1 dah abis dah, day yang seterusnya me'refresh' semula user la. Kira Ulangkaji la...sampai la dorang mahir..kira boleh guna system la...day4 lak Internet blocking ngan USB blocking la. Dalam masa yang sama Modem Streamyx sampai ke Klinik, telekom pun datang pasang line/activate line. Bila dah complete semua, leh la user hantar order online, tak yah lah nak tulis2 borang lagi.. Day4 gak la user akan sign sign-off form, bukti la dah siap keje.
Ni la pemandangan di dalam Farmasi...tempat ubat dan kaunter ubat...Ok jumpa lagi di Klinik lain.
***Semasa aku implement KK Menggatal, Ed-di KK Inanam, Mie-PKD Luyang, Jeliah-KK Luyang, Jeliah memang org Sabah, dia yang akan Support dan Preventive Maintenance seluruh Sabah.
Implement di KK Menggatal ni pada 31/03/2009 - 03/04/2009
Day 1 - ni la hardware yang kena pasang - meja,cpu,monitor,ups,printer,mouse,keyboard
Mula-mula pasang meja dulu, kena pasang rangka meja, pastu baru la pasang papan meja. Taklah susah sangat, tapi lama gak la nak pasang kalo sorang-sorang.
Inilah kedudukan PC/Hardware bila dah diletak di atas meja. Satu lagi jer takde, modem streamyx. Tak sampai lagi haha.
Ni la Klinik Menggatal, bangunan warna kuning tu bangunan baru, Farmasi tempat aku pasang PC tu bangunan kayu jer, bersebelahan bangunan kuning tu.
- ni la kereta wira auto yang kami sewa untuk ronda sabah..tapi tak seluruh la..sebelah Barat jer...sebelah Timur nanti sewa di sana la nanti..mungkin kat Sandakan la..gambar ni diambil masa park kat Klinik Menggatal.
-ed ngan mie nak g keje dah, aku sekali la...gambar aku takde la sebab aku yang ambik gambar hahaha..itupun setelah pekena teo-o ka teh tarik ka, roti telur ka roti kosong ka nasi lemak ka...kedai makan byk..kedai mamak pun dah banyak kat sini..masa aku dtg sebelum ni (2000,2002,2007) kurang sangat geng mamak ni...
- ni la aku..baru sembuh dari chicken pox..muka berparut haha
-1st time bawak Auto..mula-mula kekok, sekarang dah expert. Senang saja baa...
-kami sewa kete ni kat Mountain Rent-A-Car. Wira ni sebulan RM2000. Kami nak sewa sebulan jer, pastu ingat nak tukar kete la...pemilik kete tu tak ambik lak ketenya...Jadi terpaksa la sewa wira ni hingga hujung May09. Ingatkan nak sewa Vios ker..hehe sodap la sikit bawak... Kalu sehari Wira RM170. Vios sehari RM250, sebulan RM2800. Kancil,viva,myvi,van pregio, mercedes pun ada. Pilih jer...
website: www.rent-a-car.com.my contact: sebelas b. hj nuali (nama dia memang SEBELAS) hp: 019-8306767, 012-8246767
Setelah berada kat Hotel Palace 21.3 hingga 30.3 , kami pun berpindah tempat tinggal. Dalam masa yang sama sorang lagi kawan kami sedang dalam flight dari KL ke KK.
So, bila dia sampai ke airport, ambik teksi terus ambik kami di Hotel dan terus gerak ke Api-Api Centre..kira pusat bandar la...kat Api2 ni ade tempat penginapan, Centre Point, Asia City, Pasar Piliphine (dulu memang orang filipina ja berniaga mutiara kat sini tapi sekarang org tempatan malah org kelantan pun ada yang berniaga kat sini-sekarang dipanggil Pusat Kraftangan - lawat http://pearls-sabah.blogspot.com,serta hehe pusat berhibur, pub ada, karoke ada, pusat urut ada, cc pun banyak, kira macam-macam ada...nak tau kena datang sini la...
-ni la bilik kami...dalam dia ok la...studio apartment..kami stay ni namanya Zaharah Apartment, sekali ngan Promenade Apartment, RM85-RM90 semalam...ok la kan...memanjang, masuk jer jumpa bilik air, pastu tempat masak - dapur,peti ais, pastu baru ruang katil, TV dan sebagainya..
-hotel promenade yang famous tu...depan apartment kami...range biasa la RM120 ke atas..kalau nak selesa dok hotel ni la...Kalo nak besarkan gambar, click jer kat gambar, pastu click Back untuk ke blog semula..tq
- kawasan apartment kami, semua ada - pub,karoke,kedai makan pun senang, dobi pun ada, cc ada, 7E serta kedai 777 (cam 7E), masjid pun ada..tapi kena drive la...kat area Sembulan or Likas,parking sentiasa penuh siang malam..biasa la..
-ni lak Marina Court, 3 bedroom family apartment. Lebih selesa dari Apartment kami. Sebelah menyebelah jer...Memang cam dok dlm rumah la...Astro pun ada serta WIFE ehh silap..ada WIFI gak...Nak sewa kete pun leh kat sini..atau kalau maleh nak drive, Tour Package pun ada...pilih jer..janji ada wang baa. Harga aku pun tak tahu heheh.Call Paul Lee la 016-8462036.
Kami dok KK ni ade la dalam 2 minggu untuk Implement Klinik-Klinik di Kota Kinabalu ni.
Masa update ni tetiba je hati jadi sayu..tetiba jer nak dengar lagu Olan..Bandar Tasik Selatan..dengar sekali yer..